Thursday 19 July 2012

Special Thanks to Abg PLUS RONDA

Smlam patotnya ari yg best bg CG sbb smlm gak CG start mula keja as a promoter..
OK la..even x dpt cust, tp CG enjoy. I'm learning a new thing!
Pas balik dari pasar malam, CG nagt nk g detim la gn Dak Boolat..
so, CG p seberang semata2 nak jmpa dia nk p makan char kueytiaw kat Sg. Dua.
hahahah..punya xdak keja kn?
then, nak balik tu, ellok dah masok simpang nak masok jambatan, taya moto CG dh rasa x best!!
so, bila CG benti tengok, taya moto CG dh macam 'peknga!!' Leper!!
CG kol Dax Boolat, dia lak x jwb sbb fon dia silent, & dia lak bwk moto.
frust sgt! tp, xpela..bkn slh dia pon kn??
CG pon, dok la tepi jalan sorg2..scary taw x?? kena ada yg mai culik CG, p juai kt Siam macam mana??
huhuhu..naseb baek la ada sorg abg yg keja Ronda PLUS yg nk balik keja, dari jalan sebelah sana, 
nampak CG. dia pon patah balik sbb nk taw apa masalah CG. baik kn dia??
Dia bg nom tepon Tonto..tp time CG susah la xda sapa nak jawab..
so, abg tu p panggil kwn dia yg keja malam untuk take over tlg CG.
The worst thing, CG xdak duit time tu sbb CG dh guna masa makan. Duit tol lak, CG mmg dh spare dlm poket. So, CG ingat, mals dh la nk p cucuk duit..tp, benda nak jadi kn???
Padahal, CG jenis lau kuaq malam, mesti spare duit lbh tkt jd apa2 tgh jalan, tp,
bila benda ni jadi, time tu la CG xdak duit.
Abg PLUS tu tlg bawak CG p cari ATM. malangnya, time tu dh dekat kul 12..so, semua ATM yg CG p, "OUT OF SERVICE!!!"
Blh bayangkan x keadaan time tu macam mana??? FRUST!!!
Naseb baik abg PLUS offer untuk tlg bayar...
Masa pomen mai, dia buang paku dari taya moto CG! gila kn?? mau x pecah taya moto CG...
So, pas abg tu tlg bayaq, CG pon balik..kul 1 lbh gak smpai umah... 
malam ni, pas CG balik keja, CG nak p bayaq balik kt abg tu...
Hutang tu!!! dosa tak bayaq...heheeh.. ok la... papai..

Monday 16 July 2012

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN..

yayy!!! Ramadhan is coming!!!
eksited nk posa ni..heheheh.. eksaited nk raya lambat lg..
posa dulu k?
so, pe target@niat@harapan korang posa nt??
mesti ada yg kata nk diet kn?
heheheh.. CG pon same la tu..
tp, yg penting, CG arap Posa CG adalah posa yg Mabrur.. (boleh ke?? mcm Haji pulak)
taw knp CG nk posa yg Mabrur???
sbb, kita ni kadang2 posa tahan lapaq ja..
kita lupa maksud sebenar puasa tu...
Pancaindera kita semua kena jaga..
kaki tangan jgn dok sakitkan org or p tempat2 tak berpekdah..
mulut..jangan dok mgumpat sini sana..
telinga..jangan dok dengar org mgumpat or benda2 lagha..
mata..jangan tengok benda2 hat yg tambah dosa n buang masa..
hidung..jgn dok p bau benda mkn..sikit2 makhruh..tp lau dok p bau lama2 silap2 batai posa tu..
jgn sia-siakan penat anda tahan lapaq dan dahaga sbb benda2 yg kita x sedar, dh batal posa kita..
so, SELAMAT BERPUASA!!


Tuesday 10 July 2012

Cik Gelong D.I.E.T

nampak tajuk kat atas tu?
ini betol2 bukan cobaan..
hahahah..kali ni CG mmg nk betol2 diet.
Tapi, Cg diet cara yg betul..
paling penting bg CG, BREAKFAST!!
tanya la doc mana pon, mesti dia kata,
"awak xnak mkn tengahri xpe..xnak nkn malam xpe.. tapi kena BREAKFAST!"
kenapa kita perlu breakfast?
Sebab, kita nk buat kerja sepanjang ari perlukan tenaga.. makan pagi bekalkn kita tenaga sepanjang ari..
Kita nk bakar lemak pon perlukan tenaga..
macam mana badan kita nak bakar lemak kalau mesin-mesin dalam badan kita lembap?
badan kita mcm kereta la..perlukan minyak nak bergerak..
hahhaha.. CG dh merepek macam2... tp ini FAKTA taw??

Kita masok bab CG diet balik.
Untuk diet, kita perlu taw brapa berat sblum diet kan?
so, CG share brapa berat CG..
eerrmm.. 65KG!!! hahaha.. tinggi CG dlm 160CM.
target CG lak, nk turun 10KG. tapi CG x tetapkan masa...

Untuk mula diet ni, CG minom HERBALIFE.. CG minom kadang shari skali @ 2 kali sehari.
samada untuk bekpes atau lunch.

hujung minggu ni, CG nak balik timabng brapa kati dh turun. hahahha..

Wish me Luck!!!


Tuesday 3 July 2012

mood: MALAS

Cik Gelong sedang sakit!!! 
sakit apa CG? 
sakit MALAS MALAS..
(ala2 lagu anak itik tok wi gitu..hhahah)

MALAS adalah 1 penyakit dimana hanya dapat diubati oleh diri sendiri atau rotan!
hahahaha...
sungguh malas nk update blog...
Novel CG pon lom abes..huhuhuhu...
Sesapa taw mana nak cari doktor yg leg bagi ubat malas CG?
bomoh pon boley..hahahha

Minggu ni, penyakit MALAS datang bersama kawannya, Si Selsema & Si Batuk.
memang terbaik kan?? Jadi, bertambahlah hebat Si MALAS menguasai diri CG..
(ayat ntah hape2..pon boley kan?)

OK la..update pnjang dh ni... dah malas..hahahah
sorry ye, saat post ni ditaip, CG dikuasai oleh si MALAS sepenuhnya!
HELP ME!!!!

OK. papai.. (sad ending)

Sunday 24 June 2012

Austin Chase - Groupon

Waa.. syoknye! ni 1st time CG beli diskaun voucher kat Groupon
Actually, x beli pon, tapi tebus Free Voucher RM20 yang Groupon bagi sbb selama CG langgan, CG tak penah beli apa2 lagi. hihiihihih..
Nampak sgt CG ni kedekut kn? punya banyak diskaun pon tak beli lagi..
Tapi, kali ni CG tebus...
2 Regular Freppe from Austin Chase
Harga asal adalah RM34.80, tapi dengan diskaun hampir 60%,
harga cuma RM16. tapi sbb CG guna RM20 voucher,
so, CG x payah bayar la. hehehhe..
siap ada balence RM4 lagi. tapi valid smpai rini je voucher tu.
Groupon memang best la!

*Cik Gelong lagi best sbb dpt makan free. ehehhehe*

Kemaafan...

Pentingkah sebuah kemaafan?
Dapatkan kemaafan merawat hati yang terluka?
Dapatkah kemaafan merawat luka pada tubuh yang dilakukan?

TIDAK!!!

Jika sebuah KEMAAFAN mampu merawat segala luka,
mampu menginsafkan hati seorang manusia,
apa gunanya  UNDANG-UNDANG??

BENAR...

Apa gunanya undang-undang jika kemaafan lebih berkuasa..
itu yang sering manusia persoalkan...
Tetapi, mengapa manusia perlu berkata,

"KEMAAFAN ADALAH DENDAM YANG TERINDAH"

Apakah manusia sememangnya HIPOKRIT??

Berkata begitu untuk mendapat pujian orang lain yang akan berkata,
"Wah..kau ni memang baik la..dia buat macam tu dekat engkau pon, engkau nak maafkan dia"

Tapi mengapa bila si pesalah memohon maaf, mengapa manusia akan mempersoalan nilai sebuah kemaafan?

Uniknya hati & bicara manusia...tidak seiring...

Sedarkah anda, MEMOHON MAAF itu memerlukan 1 KEBERANIAN yang lebih dari keberanian melakukan kesalahan?

Manakala,

MEMAAFKAN itu memerlukan keikhlasan sebuah hati yang lahir dari lubuk hati paling dalam. 

Tapi, kerana UNIKnya hati & bicara manusia, KEMAAFAN sering diluahkan tanpa keikhlasan. Cukuplah! itu sudah memadai untuk membuatkan sebuah hati yang gersang akan kemaafan kembali subur.

Ingatlah, kita sering memohon KEMAAFAN dari ALLAH, sedangkan kita sukar MEMAAFKAN manusia lain. 
Jika dihitung dosa manusia dengan kita, sama banyakkah dengan dosa kita dengan ALLAH??
Tetapi, pintu KEMAAFAN (taubat) ALLAH sentiasa terbuka untuk hambaNYA yang sering melakukan dosa asalkan mahu memohon maaf (bertaubat).
TETAPI,
Mengapa kita tidak boleh membuka hati kita untuk memaafkan orang lain?

Sesungguhnya, untuk IKHLAS, manusia perlu REDHA. Redha dengan apa yang ALLAH tetapkan untuknya.

Percayalah, dengan memafkan seseorang, anda telah melepaskan satu beban dalam diri anda.

*Cik Gelong juga antara manusia yang sering persoalkan erti KEMAAFAN. 
hingga kini, masih belum memaafkan seorang insan. 
Tapi kini, CG memohon maaf kerana tidak pernah memafkan dirinya. CG maafkan semua orang yang pernah sakiti hati CG dan CG mohon maaf kepada semua orang yang pernah CG sakiti hatinya mahupon tubuhnya.*

"KEMAAFAN ADALAH DENDAM TERINDAH"


Sahabat

Apa erti sahabat bagi anda?
Apa pulak beza kawan dengan sahabat?
Dalam hidup anda, berapa ramai kawan dan sahabat anda?
Cuba anda buat 1 list

1. Siapa nama kawan/sahabat anda semasa kecil/sekolah rendah?
2. Nama kawan/sahabat semasa remaja/sekolah menengah?
3. Nama kawan anda sekarang/dewasa?
4. Nama kawan anda selepas berkahwin?

Saya pasti, antara senarai 1 hingga 4, 90% nama tersebut adalah berbeza! betul tak?

Kawan, mereka sentiasa disi anda. Sekeliling anda. Berkongsi suka duka anda setiap masa.

Sahabat, kadang2 tak sentiasa disisi anda... tak sentiasa mesej/call anda hari2..
tapi, sentiasa ada di hati anda.. bila anda susah, dia x kisah untuk tolong anda sekalipun dia sedang susah... 
Bila anda melakukan 1 dosa/kesalahan, dia sentiasa di sisi anda untuk menasihati anda. dia xkan sesekali menjauhkan dirinya dari anda sekalipun orang lain menjauhi anda.

*siapa pon disisi anda, hargai mereka...*

Saya ada dia..
Siti Nursyazwani bt Mohd Yusoff.
<3 u sayang!!!
(My Best Scandal Ever!!)