Sunday 24 June 2012

Kemaafan...

Pentingkah sebuah kemaafan?
Dapatkan kemaafan merawat hati yang terluka?
Dapatkah kemaafan merawat luka pada tubuh yang dilakukan?

TIDAK!!!

Jika sebuah KEMAAFAN mampu merawat segala luka,
mampu menginsafkan hati seorang manusia,
apa gunanya  UNDANG-UNDANG??

BENAR...

Apa gunanya undang-undang jika kemaafan lebih berkuasa..
itu yang sering manusia persoalkan...
Tetapi, mengapa manusia perlu berkata,

"KEMAAFAN ADALAH DENDAM YANG TERINDAH"

Apakah manusia sememangnya HIPOKRIT??

Berkata begitu untuk mendapat pujian orang lain yang akan berkata,
"Wah..kau ni memang baik la..dia buat macam tu dekat engkau pon, engkau nak maafkan dia"

Tapi mengapa bila si pesalah memohon maaf, mengapa manusia akan mempersoalan nilai sebuah kemaafan?

Uniknya hati & bicara manusia...tidak seiring...

Sedarkah anda, MEMOHON MAAF itu memerlukan 1 KEBERANIAN yang lebih dari keberanian melakukan kesalahan?

Manakala,

MEMAAFKAN itu memerlukan keikhlasan sebuah hati yang lahir dari lubuk hati paling dalam. 

Tapi, kerana UNIKnya hati & bicara manusia, KEMAAFAN sering diluahkan tanpa keikhlasan. Cukuplah! itu sudah memadai untuk membuatkan sebuah hati yang gersang akan kemaafan kembali subur.

Ingatlah, kita sering memohon KEMAAFAN dari ALLAH, sedangkan kita sukar MEMAAFKAN manusia lain. 
Jika dihitung dosa manusia dengan kita, sama banyakkah dengan dosa kita dengan ALLAH??
Tetapi, pintu KEMAAFAN (taubat) ALLAH sentiasa terbuka untuk hambaNYA yang sering melakukan dosa asalkan mahu memohon maaf (bertaubat).
TETAPI,
Mengapa kita tidak boleh membuka hati kita untuk memaafkan orang lain?

Sesungguhnya, untuk IKHLAS, manusia perlu REDHA. Redha dengan apa yang ALLAH tetapkan untuknya.

Percayalah, dengan memafkan seseorang, anda telah melepaskan satu beban dalam diri anda.

*Cik Gelong juga antara manusia yang sering persoalkan erti KEMAAFAN. 
hingga kini, masih belum memaafkan seorang insan. 
Tapi kini, CG memohon maaf kerana tidak pernah memafkan dirinya. CG maafkan semua orang yang pernah sakiti hati CG dan CG mohon maaf kepada semua orang yang pernah CG sakiti hatinya mahupon tubuhnya.*

"KEMAAFAN ADALAH DENDAM TERINDAH"


No comments:

Post a Comment