Thursday 19 July 2012

Special Thanks to Abg PLUS RONDA

Smlam patotnya ari yg best bg CG sbb smlm gak CG start mula keja as a promoter..
OK la..even x dpt cust, tp CG enjoy. I'm learning a new thing!
Pas balik dari pasar malam, CG nagt nk g detim la gn Dak Boolat..
so, CG p seberang semata2 nak jmpa dia nk p makan char kueytiaw kat Sg. Dua.
hahahah..punya xdak keja kn?
then, nak balik tu, ellok dah masok simpang nak masok jambatan, taya moto CG dh rasa x best!!
so, bila CG benti tengok, taya moto CG dh macam 'peknga!!' Leper!!
CG kol Dax Boolat, dia lak x jwb sbb fon dia silent, & dia lak bwk moto.
frust sgt! tp, xpela..bkn slh dia pon kn??
CG pon, dok la tepi jalan sorg2..scary taw x?? kena ada yg mai culik CG, p juai kt Siam macam mana??
huhuhu..naseb baek la ada sorg abg yg keja Ronda PLUS yg nk balik keja, dari jalan sebelah sana, 
nampak CG. dia pon patah balik sbb nk taw apa masalah CG. baik kn dia??
Dia bg nom tepon Tonto..tp time CG susah la xda sapa nak jawab..
so, abg tu p panggil kwn dia yg keja malam untuk take over tlg CG.
The worst thing, CG xdak duit time tu sbb CG dh guna masa makan. Duit tol lak, CG mmg dh spare dlm poket. So, CG ingat, mals dh la nk p cucuk duit..tp, benda nak jadi kn???
Padahal, CG jenis lau kuaq malam, mesti spare duit lbh tkt jd apa2 tgh jalan, tp,
bila benda ni jadi, time tu la CG xdak duit.
Abg PLUS tu tlg bawak CG p cari ATM. malangnya, time tu dh dekat kul 12..so, semua ATM yg CG p, "OUT OF SERVICE!!!"
Blh bayangkan x keadaan time tu macam mana??? FRUST!!!
Naseb baik abg PLUS offer untuk tlg bayar...
Masa pomen mai, dia buang paku dari taya moto CG! gila kn?? mau x pecah taya moto CG...
So, pas abg tu tlg bayaq, CG pon balik..kul 1 lbh gak smpai umah... 
malam ni, pas CG balik keja, CG nak p bayaq balik kt abg tu...
Hutang tu!!! dosa tak bayaq...heheeh.. ok la... papai..

Monday 16 July 2012

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN..

yayy!!! Ramadhan is coming!!!
eksited nk posa ni..heheheh.. eksaited nk raya lambat lg..
posa dulu k?
so, pe target@niat@harapan korang posa nt??
mesti ada yg kata nk diet kn?
heheheh.. CG pon same la tu..
tp, yg penting, CG arap Posa CG adalah posa yg Mabrur.. (boleh ke?? mcm Haji pulak)
taw knp CG nk posa yg Mabrur???
sbb, kita ni kadang2 posa tahan lapaq ja..
kita lupa maksud sebenar puasa tu...
Pancaindera kita semua kena jaga..
kaki tangan jgn dok sakitkan org or p tempat2 tak berpekdah..
mulut..jangan dok mgumpat sini sana..
telinga..jangan dok dengar org mgumpat or benda2 lagha..
mata..jangan tengok benda2 hat yg tambah dosa n buang masa..
hidung..jgn dok p bau benda mkn..sikit2 makhruh..tp lau dok p bau lama2 silap2 batai posa tu..
jgn sia-siakan penat anda tahan lapaq dan dahaga sbb benda2 yg kita x sedar, dh batal posa kita..
so, SELAMAT BERPUASA!!


Tuesday 10 July 2012

Cik Gelong D.I.E.T

nampak tajuk kat atas tu?
ini betol2 bukan cobaan..
hahahah..kali ni CG mmg nk betol2 diet.
Tapi, Cg diet cara yg betul..
paling penting bg CG, BREAKFAST!!
tanya la doc mana pon, mesti dia kata,
"awak xnak mkn tengahri xpe..xnak nkn malam xpe.. tapi kena BREAKFAST!"
kenapa kita perlu breakfast?
Sebab, kita nk buat kerja sepanjang ari perlukan tenaga.. makan pagi bekalkn kita tenaga sepanjang ari..
Kita nk bakar lemak pon perlukan tenaga..
macam mana badan kita nak bakar lemak kalau mesin-mesin dalam badan kita lembap?
badan kita mcm kereta la..perlukan minyak nak bergerak..
hahhaha.. CG dh merepek macam2... tp ini FAKTA taw??

Kita masok bab CG diet balik.
Untuk diet, kita perlu taw brapa berat sblum diet kan?
so, CG share brapa berat CG..
eerrmm.. 65KG!!! hahaha.. tinggi CG dlm 160CM.
target CG lak, nk turun 10KG. tapi CG x tetapkan masa...

Untuk mula diet ni, CG minom HERBALIFE.. CG minom kadang shari skali @ 2 kali sehari.
samada untuk bekpes atau lunch.

hujung minggu ni, CG nak balik timabng brapa kati dh turun. hahahha..

Wish me Luck!!!


Tuesday 3 July 2012

mood: MALAS

Cik Gelong sedang sakit!!! 
sakit apa CG? 
sakit MALAS MALAS..
(ala2 lagu anak itik tok wi gitu..hhahah)

MALAS adalah 1 penyakit dimana hanya dapat diubati oleh diri sendiri atau rotan!
hahahaha...
sungguh malas nk update blog...
Novel CG pon lom abes..huhuhuhu...
Sesapa taw mana nak cari doktor yg leg bagi ubat malas CG?
bomoh pon boley..hahahha

Minggu ni, penyakit MALAS datang bersama kawannya, Si Selsema & Si Batuk.
memang terbaik kan?? Jadi, bertambahlah hebat Si MALAS menguasai diri CG..
(ayat ntah hape2..pon boley kan?)

OK la..update pnjang dh ni... dah malas..hahahah
sorry ye, saat post ni ditaip, CG dikuasai oleh si MALAS sepenuhnya!
HELP ME!!!!

OK. papai.. (sad ending)

Sunday 24 June 2012

Austin Chase - Groupon

Waa.. syoknye! ni 1st time CG beli diskaun voucher kat Groupon
Actually, x beli pon, tapi tebus Free Voucher RM20 yang Groupon bagi sbb selama CG langgan, CG tak penah beli apa2 lagi. hihiihihih..
Nampak sgt CG ni kedekut kn? punya banyak diskaun pon tak beli lagi..
Tapi, kali ni CG tebus...
2 Regular Freppe from Austin Chase
Harga asal adalah RM34.80, tapi dengan diskaun hampir 60%,
harga cuma RM16. tapi sbb CG guna RM20 voucher,
so, CG x payah bayar la. hehehhe..
siap ada balence RM4 lagi. tapi valid smpai rini je voucher tu.
Groupon memang best la!

*Cik Gelong lagi best sbb dpt makan free. ehehhehe*

Kemaafan...

Pentingkah sebuah kemaafan?
Dapatkan kemaafan merawat hati yang terluka?
Dapatkah kemaafan merawat luka pada tubuh yang dilakukan?

TIDAK!!!

Jika sebuah KEMAAFAN mampu merawat segala luka,
mampu menginsafkan hati seorang manusia,
apa gunanya  UNDANG-UNDANG??

BENAR...

Apa gunanya undang-undang jika kemaafan lebih berkuasa..
itu yang sering manusia persoalkan...
Tetapi, mengapa manusia perlu berkata,

"KEMAAFAN ADALAH DENDAM YANG TERINDAH"

Apakah manusia sememangnya HIPOKRIT??

Berkata begitu untuk mendapat pujian orang lain yang akan berkata,
"Wah..kau ni memang baik la..dia buat macam tu dekat engkau pon, engkau nak maafkan dia"

Tapi mengapa bila si pesalah memohon maaf, mengapa manusia akan mempersoalan nilai sebuah kemaafan?

Uniknya hati & bicara manusia...tidak seiring...

Sedarkah anda, MEMOHON MAAF itu memerlukan 1 KEBERANIAN yang lebih dari keberanian melakukan kesalahan?

Manakala,

MEMAAFKAN itu memerlukan keikhlasan sebuah hati yang lahir dari lubuk hati paling dalam. 

Tapi, kerana UNIKnya hati & bicara manusia, KEMAAFAN sering diluahkan tanpa keikhlasan. Cukuplah! itu sudah memadai untuk membuatkan sebuah hati yang gersang akan kemaafan kembali subur.

Ingatlah, kita sering memohon KEMAAFAN dari ALLAH, sedangkan kita sukar MEMAAFKAN manusia lain. 
Jika dihitung dosa manusia dengan kita, sama banyakkah dengan dosa kita dengan ALLAH??
Tetapi, pintu KEMAAFAN (taubat) ALLAH sentiasa terbuka untuk hambaNYA yang sering melakukan dosa asalkan mahu memohon maaf (bertaubat).
TETAPI,
Mengapa kita tidak boleh membuka hati kita untuk memaafkan orang lain?

Sesungguhnya, untuk IKHLAS, manusia perlu REDHA. Redha dengan apa yang ALLAH tetapkan untuknya.

Percayalah, dengan memafkan seseorang, anda telah melepaskan satu beban dalam diri anda.

*Cik Gelong juga antara manusia yang sering persoalkan erti KEMAAFAN. 
hingga kini, masih belum memaafkan seorang insan. 
Tapi kini, CG memohon maaf kerana tidak pernah memafkan dirinya. CG maafkan semua orang yang pernah sakiti hati CG dan CG mohon maaf kepada semua orang yang pernah CG sakiti hatinya mahupon tubuhnya.*

"KEMAAFAN ADALAH DENDAM TERINDAH"


Sahabat

Apa erti sahabat bagi anda?
Apa pulak beza kawan dengan sahabat?
Dalam hidup anda, berapa ramai kawan dan sahabat anda?
Cuba anda buat 1 list

1. Siapa nama kawan/sahabat anda semasa kecil/sekolah rendah?
2. Nama kawan/sahabat semasa remaja/sekolah menengah?
3. Nama kawan anda sekarang/dewasa?
4. Nama kawan anda selepas berkahwin?

Saya pasti, antara senarai 1 hingga 4, 90% nama tersebut adalah berbeza! betul tak?

Kawan, mereka sentiasa disi anda. Sekeliling anda. Berkongsi suka duka anda setiap masa.

Sahabat, kadang2 tak sentiasa disisi anda... tak sentiasa mesej/call anda hari2..
tapi, sentiasa ada di hati anda.. bila anda susah, dia x kisah untuk tolong anda sekalipun dia sedang susah... 
Bila anda melakukan 1 dosa/kesalahan, dia sentiasa di sisi anda untuk menasihati anda. dia xkan sesekali menjauhkan dirinya dari anda sekalipun orang lain menjauhi anda.

*siapa pon disisi anda, hargai mereka...*

Saya ada dia..
Siti Nursyazwani bt Mohd Yusoff.
<3 u sayang!!!
(My Best Scandal Ever!!)



Friday 22 June 2012

Groupon Voucher

Yay! Pagi ni cek Email, Groupon bg CG RM20 voucher.
Tapi, valid smpai 25/6/2012 ni jer..
CG masok Groupon, xda pulak yang berkenan..
Time xdak free voucher, byk pulak yg CG berangan nak beli..
Hurm..tengok esok lusa la macam mana.. ada x yg terbaru yg menawan ati CG..
Tapi, antara yang best kt Groupon, tp CG x mampu beli,

RM499 instead RM3239
(ada x sape2 nk belikan CG jam ni? cun giler!)


(nk slimkan perot CG..tp nk beli pon kdekut. heehheh)

RM68
(cantik sgt..kena boh lam list nih)






Thursday 21 June 2012

Cik Gelong dalam Dilema...

fenin2.. CG la ni dalam dilema...
tapi, bukan dalam dilema nak pilih kekasih.. tapi, dalam dilema samaada
nak join HERBALIFE atau x?
dah lama CG dengaq & baca sal kebaikan HERBALIFE ni..
minggu lepas, kawan CG mintak tlg CG tunjuk jalan nak p Hotel Vistana sbb dia nak p HOM. (HERBALIFE punya event)
so, alang2 dah free, CG pon join skali. mcm2 info yg CG nak cuba untuk kurus tu. heheh..(kantoi la CG x brapa nk kurus kan??)
tapi, bila pikir balik, terasa nak jadi ahli ja terus. leh dpt diskaun.
Dulu, CG rasa, HERBALIFE ni mmg mahal. maybe masa tu CG student lagi dan harap MAS( Mak Ayah Support).
tapi bila kerja, CG salu beli baju, henbeg, kasut, n macam2 lagi.. harga pon kadang2 mahal jugak..
jadi CG pon berfikir, kalau brg2 tu CG boleh beli walaupon harga mahal, kenapa makanan untuk kesihatan CG tak boleh beli yang mahal?
kalau nak kira nilai ubat yang CG salu dok beli tiap2 bulan, dah hampir separuh harga HERBALIFE tu..
jadi...mungkin mulai bulai depan, CG akan menyertai keluarga HERBALIFE..
apa2 perubahan, CG kompom update punya!
sumber gambar: pakcik google


*mood: nak kurus*

Kerja itu Seronok Bila Ikhlas

Kalau tanya sapa suka pergi kerja, mesti tak ramai yg jawab suka kan? termasoklah CG.. hehehe
CG dh nak masok 7 bulan kerja kt company logistik.
Mula2 CG start keja, apa yg CG taw pasal logistik or shipping line, ZERO! NIL!
Blh katakan, nak p keja ari2 pon mls sbb buat keja sikit, nak tanya orang.
benda yang sama pon nak kena tanya ulang2. Bebal tol kan? huhuhuh
Tapi, makin lama CG keja, makin syok pulak bila CG taw dah apa yang perlu CG buat bila dapat 1 tugasan baru. CG dah taw nak atur kerja mana perlu buat dulu.
macam tak percaya kan? 
Kerja ni adalah kerja paling lama CG buat!
Hari ni, kerja banyak.. awal2 pagi, siapkan credit note. lepas tu, dekat lunch, masok import. petang lak, masok dokume untuk kapal hari sabtu. banyak betol kerja!
tapi, CG dah tak stress macam awal2 kerja. Semua CG blh buat dgn teratur & CG dah tau apa perlu CG buat lpas siap 1 kerja.
Seriously, CG suka company CG skrg. tak ramai orang.. CG paling muda.. NO OFFICE POLITICS... hurm..CG x merancang untuk cari kerja lain buata masa skrg. Juz dok try apply kerja Gov sbb mak suruh.
Biar la gaji tak banyak mana..yang penting, hidop tak stress, rezki yg masok pon berkat!

Pesanan ikhlas khidmat masyarakat:-

hargai kerja anda sekarang. apa pon kerja anda yg halal, lakukan dengan ikhlas.
Insyaallah, jika anda ikhlas, ALLAH akan membuka pintu rezki lain untuk anda.
rezeki bukan sekadar duit. mungkin kesihatan yang baik..keluarga yang bahagia..
anak2 yang soleh dan solehah...


Wednesday 20 June 2012

Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Harini, hari Khamis, 21 Jun 2012.
My BIG BOSS datang!
(dia ni Korean taw? tp dh kawen..lau x, ada la can.heheheh)
huhuhuu...baru cadang nak jenjalan lawat blog org yg cntik2..
pastu, leh la tiru apa2. hahaah...
jahat kn? x slh kan lau tiru? tp, kena la bagi BACKLINK
lau tak, kesian la kt blogger tu susah payah buat blog dia cntik2..
renovate itu ini, pastu org lain sng2 je copy kn?
jgn amalkan taw?
nanti free, CG upload post baru...

AKU MENYESAL MEMBENCIMU (Ep.1)


Maira merenung langit yang cerah dari dalam pejabatnya yang terletak di tingkat 12.
Ditoleh pula kearah jam di dinding yang menunjukkan pukul 3.42 petang.

'Lambatnya jam ni..rosak ke?' hatinya mengeluh sendiri.

Skrin komputer yang menayangkan laman muka buku yang menjadi kegilaan dan ketagihan para remaja masa kini dipandang kosong. Kenangan yang telah bertahun berlalu berlegar legar dalam fikirannya.

'Hurm...kenapa susah sangat hati aku nak setia? Kenapa orang lain boleh bercinta bertahun tahun, tapi aku tak boleh? Aku sayangkan dia, tapi, pada masa yang sama, aku mengharap muncul Mr. Right yang lain?

"Maira! Kau nak balik nanti, boleh tak tolong aku pos surat ni? Aku nak pos susah sebab nak berhenti kereta, tak ada parking"

Tersentak Maira apabila Faiz menegurnya. "Yela..bak sini surat tu..Aku ni kan clerk cum despatch kt opis ni."

"Eleh, touching plak ayat kau..Nanti aku belanja kau makan nak?" Faiz cuba menggunakan kesempatan yang ada walaupun dia tahu Maira sudah berpunya kekasih hati.

"Nak belanja aku makan? Bila? Kat mana? Aku nak makan stimbot leh?"

"Stakat stimbot, no hal la! Kau set je masa dan kat mana" Terasa berbunga hati Faiz apabila Maira mahu menerima ajakannya. Baginya, selagi Maira belum berkahwin, dia masih berpeluang untuk mendapatkan Maira.

"Ok set!"
"Kak Zie, Faiz kata nak belanja kita semua makan stimbot bila dia gaji nanti"

'Aduh minah ni..Dia tak paham-paham lagi ke aku ajak dia sorang? Yang dia kata aku nak belanja semua orang makan kenapa? Kalu pergi makan satu opis, macam mana aku nak ngorat kau Maira!'
Keluh Faiz dalam hati. Ternyata mendapatkan Maira tak semudah dia mendapatkan Anis yang hanya perlukan ayat-ayat manis dan sedikit pujian.



Tudung biru yang dipakai Maira segera ditanggal dan disangkut. Dengan masih berbaju kurung, Maira segera ke dapur. Periuk kecil diambil dan dibasuh. Diletakkannya diatas api, kemudian dituang pula sedikit minyak. Maira mahu memasak bubur untuk makan malamnya.

"Masak ala kadar dah la..aku nak makan sorang je pon. Hurm..pas masak bubur ni, goreng telur gn ikan bilis. hahahaha.. Nampak sangat aku ni anak dara pemalas."

Sambil memasak Maira tersenyum sendirian. Teman-teman serumahnya belum pulang. Sudah menjadi kebiasaan untuk Maira menjadi orang yang paling awal tiba di rumah selepas waktu kerja. Walaupon sudah setengah tahun dia menyewa di rumah flat tersebut, Maira masih tidak rapat dengan teman serumahnya kerana sikap dia yang lebih suka menyendiri. Namun, dia bersyukur kerana mendapat teman serumah yang baik dan tidak pernah berkira.

Bippp...Telefon bimbit Maira bergetar tanpa sebarang lagu. Dia sudah biasa meletakkan mode silent untuk telefon bimbitnya.

'Nombor ni lagi..aku nak masak pon tak senang..' Maira membebel sendirian sebelum menjawab.

"Ye saya..nak apa? Nak sambung episod ke dua pulak ke?"
Acuh tak acuh sahaja Maira menjawab dan kemudian dia hanya berbual kira-kira seminit dengan alasan mahu menyambung kerja memasaknya di dapur.

'Hari-hari buat benda yang sama. Bosan la.. yang pakwe aku ni pon satu. Tak mau call aku ke? Takkan merajuk tak habis-habis lagi? Aku nak bukak laman web apa time boring ni? Nak layan korea, tak mood la pulak. Nak layan cite melayu, lambat pulak nak loading. Kang, aku bukak laman web tuttt... Ish..tak baik la Maira...'

Itulah hobi Maira tiap kali berada di rumah. bercakap sendirian atau berangan. Namun, lamunan Maira tidak lama apabila dia menerima panggilan dari rakannya.

"Awak.." Manja sekali suara Maira menjawab panggilan.
"Ngah buat ape tu wak? Kenapa saya call tadi tak jawab?" Suara dalam talian menyoal Maira.
"Hehehe..tak perasan la wak..fon saya kan slalu set silent? So, bila nak datang sini?"

Perbualan Maira dan si pemanggil semakin rancak. Hampir 20 minit mereka berbual hingga panggilan terputus. Kemudian, baru Maira perasan terdapat satu mesej. Segera Maira membuat satu panggilan.

"Abang..." Tersenyum Maira sendirian sambil berbaring.
"Lambatnya telefon..Abang rindu tau tak?" Khairul menjawab.
"Ingatkan abang marahkan sayang lagi..Dah tak majok eh?"

Agak lama Maira berbual dengan kekasihnya. Seperti pasangan lain, Maira memanggil Khairul dengan panggilan 'abang' sebagai nama manja sekalipun mereka sebaya. Khairul pula membahasakan Maira sebagai 'sayang'. 

Bagi Maira, mereka hanya seperti pasangan lain yang bercinta yang mempunyai panggilan manja bukan seperti dalam novel atau drama Melayu yang memanggil pasangan dengan nama atau sekadar "I, dan You".

Hubungan mereka juga tidak lari dari dilanda badai. Gaduh dan pujuk memujuk adalah perkara biasa dalam setiap hubungan.
Maira cukup bersyukur kerana hubungan mereka direstui kedua belah keluarga.
Namun, jauh di lubuk hati Maira, dia tidak tahu selama mana hubungan mereka mampu bertahan.

Jerebu & Hujan

Penang la ni jerebu teruk.. 
CG dok lam opis ni, tengok luaq, dh tak nampak kapal2 yang masok kat Penang Port.
Hurm..sebelum jerebu, hari2 dok hujan.
Ada skali tu CG masok keja pukol 10 sbb hujan lebat. (maklom la..pakai tayar dua ja..)
Jalan pulak air naik. Jem sepanjang jalan. semua pakat susah hati..
Tapi, bila mai jerebu mcm ni, semua dok kata,
"kalau hujan ni elok la sikit jerebu ni.."
manusia2..tak pernah bersyukur.. (sebenarnya CG pon termasok dalam kategori yg dok kata)
macam ni la pemandangan luar tingkap opis CG. Tapi, gambar ni bukan CG ambik dari opis,
CG google ja, jumpa kat mynewshub.
jadi, kesimpulannya disini (ayat xleh blah)
CG ingin mengingat semua agar pakai mask bila berada di luar.
(CG ada mask, tp x pakai gak. hampeh punya nasihat)


Blog Baru...

Assalamualaikum...
hahahahha....
blog ni ntah yg kali ke berapa dah CG buat..
hope, Blog ni yg last... penat la nk buat blog byk2..
papepon, Welcome Back Cik Gelong!

*harapan saya, blog ni akan lebih ceria dengan post-post baru yang bermanafaat*
bajet ayat retis nk berharapan harapan

psstt...lawa x CG?? hhahahh... mood:perasan x hengat!