Wednesday 20 June 2012

AKU MENYESAL MEMBENCIMU (Ep.1)


Maira merenung langit yang cerah dari dalam pejabatnya yang terletak di tingkat 12.
Ditoleh pula kearah jam di dinding yang menunjukkan pukul 3.42 petang.

'Lambatnya jam ni..rosak ke?' hatinya mengeluh sendiri.

Skrin komputer yang menayangkan laman muka buku yang menjadi kegilaan dan ketagihan para remaja masa kini dipandang kosong. Kenangan yang telah bertahun berlalu berlegar legar dalam fikirannya.

'Hurm...kenapa susah sangat hati aku nak setia? Kenapa orang lain boleh bercinta bertahun tahun, tapi aku tak boleh? Aku sayangkan dia, tapi, pada masa yang sama, aku mengharap muncul Mr. Right yang lain?

"Maira! Kau nak balik nanti, boleh tak tolong aku pos surat ni? Aku nak pos susah sebab nak berhenti kereta, tak ada parking"

Tersentak Maira apabila Faiz menegurnya. "Yela..bak sini surat tu..Aku ni kan clerk cum despatch kt opis ni."

"Eleh, touching plak ayat kau..Nanti aku belanja kau makan nak?" Faiz cuba menggunakan kesempatan yang ada walaupun dia tahu Maira sudah berpunya kekasih hati.

"Nak belanja aku makan? Bila? Kat mana? Aku nak makan stimbot leh?"

"Stakat stimbot, no hal la! Kau set je masa dan kat mana" Terasa berbunga hati Faiz apabila Maira mahu menerima ajakannya. Baginya, selagi Maira belum berkahwin, dia masih berpeluang untuk mendapatkan Maira.

"Ok set!"
"Kak Zie, Faiz kata nak belanja kita semua makan stimbot bila dia gaji nanti"

'Aduh minah ni..Dia tak paham-paham lagi ke aku ajak dia sorang? Yang dia kata aku nak belanja semua orang makan kenapa? Kalu pergi makan satu opis, macam mana aku nak ngorat kau Maira!'
Keluh Faiz dalam hati. Ternyata mendapatkan Maira tak semudah dia mendapatkan Anis yang hanya perlukan ayat-ayat manis dan sedikit pujian.



Tudung biru yang dipakai Maira segera ditanggal dan disangkut. Dengan masih berbaju kurung, Maira segera ke dapur. Periuk kecil diambil dan dibasuh. Diletakkannya diatas api, kemudian dituang pula sedikit minyak. Maira mahu memasak bubur untuk makan malamnya.

"Masak ala kadar dah la..aku nak makan sorang je pon. Hurm..pas masak bubur ni, goreng telur gn ikan bilis. hahahaha.. Nampak sangat aku ni anak dara pemalas."

Sambil memasak Maira tersenyum sendirian. Teman-teman serumahnya belum pulang. Sudah menjadi kebiasaan untuk Maira menjadi orang yang paling awal tiba di rumah selepas waktu kerja. Walaupon sudah setengah tahun dia menyewa di rumah flat tersebut, Maira masih tidak rapat dengan teman serumahnya kerana sikap dia yang lebih suka menyendiri. Namun, dia bersyukur kerana mendapat teman serumah yang baik dan tidak pernah berkira.

Bippp...Telefon bimbit Maira bergetar tanpa sebarang lagu. Dia sudah biasa meletakkan mode silent untuk telefon bimbitnya.

'Nombor ni lagi..aku nak masak pon tak senang..' Maira membebel sendirian sebelum menjawab.

"Ye saya..nak apa? Nak sambung episod ke dua pulak ke?"
Acuh tak acuh sahaja Maira menjawab dan kemudian dia hanya berbual kira-kira seminit dengan alasan mahu menyambung kerja memasaknya di dapur.

'Hari-hari buat benda yang sama. Bosan la.. yang pakwe aku ni pon satu. Tak mau call aku ke? Takkan merajuk tak habis-habis lagi? Aku nak bukak laman web apa time boring ni? Nak layan korea, tak mood la pulak. Nak layan cite melayu, lambat pulak nak loading. Kang, aku bukak laman web tuttt... Ish..tak baik la Maira...'

Itulah hobi Maira tiap kali berada di rumah. bercakap sendirian atau berangan. Namun, lamunan Maira tidak lama apabila dia menerima panggilan dari rakannya.

"Awak.." Manja sekali suara Maira menjawab panggilan.
"Ngah buat ape tu wak? Kenapa saya call tadi tak jawab?" Suara dalam talian menyoal Maira.
"Hehehe..tak perasan la wak..fon saya kan slalu set silent? So, bila nak datang sini?"

Perbualan Maira dan si pemanggil semakin rancak. Hampir 20 minit mereka berbual hingga panggilan terputus. Kemudian, baru Maira perasan terdapat satu mesej. Segera Maira membuat satu panggilan.

"Abang..." Tersenyum Maira sendirian sambil berbaring.
"Lambatnya telefon..Abang rindu tau tak?" Khairul menjawab.
"Ingatkan abang marahkan sayang lagi..Dah tak majok eh?"

Agak lama Maira berbual dengan kekasihnya. Seperti pasangan lain, Maira memanggil Khairul dengan panggilan 'abang' sebagai nama manja sekalipun mereka sebaya. Khairul pula membahasakan Maira sebagai 'sayang'. 

Bagi Maira, mereka hanya seperti pasangan lain yang bercinta yang mempunyai panggilan manja bukan seperti dalam novel atau drama Melayu yang memanggil pasangan dengan nama atau sekadar "I, dan You".

Hubungan mereka juga tidak lari dari dilanda badai. Gaduh dan pujuk memujuk adalah perkara biasa dalam setiap hubungan.
Maira cukup bersyukur kerana hubungan mereka direstui kedua belah keluarga.
Namun, jauh di lubuk hati Maira, dia tidak tahu selama mana hubungan mereka mampu bertahan.

No comments:

Post a Comment